Edisi percutian ke Semporna. Best tak terkata. Cantik sangat dengan laut yang see trough sampai ke dasar. Tak sia-sia pemanduan ku selama 6 jam...Terbayar dengan kecantikan lautnye...Tapi laut je la ye...Lain-lain ada la sedikit kekurangannya. Seperti sampah-sampah yang dibuang kat sekitar chalet! apo aa tatau nak jaga ape yang diorang dah miliki...Sakit mata aku tengok!
Journey mula dari ILP. Semua staff berkumpul sana, kemudian semua ke pengangkutan masing-masing. Separuh naik bas yang selebihnya memandu kereta sendiri. Aku pilih naik kereta. Sebabnya :1. Mak ayah aku nak datang ke sini bulan Januari nanti. Jadi...aku nak membiasakan jalannya .
2. Aku nak set koordinat setiap destinasi kat Garmin. So lepas ni dah senang nak pergi.
3. Jalan ngan kereta sendiri lagi best. Lepas abis aktiviti hari keluarga leh jalan-jalan lagi.
4. Aku nak prepare kereta untuk membawak balik hadiah cabutan bertuah :::Hahahahaha masa tu berangan je:::
Bertolak jam 8.10 pagi, kami drive non-stop. Ikut short-cut jalan Kunak-Semporna. Sampai ke destinasi pukul 1 lebih..Check in dan semua settle lebih kurang jam 2 petang. Hajat di hati nak landing kat katil n berehat setelah 6 jam memandu non-stop, tapi...takdde elektrik pulak. Daripada berpanas, baik kami cari makanan untuk mengalas perut. Baru teringat yang kami tak makan apa-apa dari pukul 6.45 pagi. Last makanan masuk perut masa breakfast sebelum bertolak...Patut lerrr lapar...

Pas makan, pi kat bilik, tengok dah ade elektrik..pe lagi..terus landing...dan terlelap...buat sementara je aa..sebab kepala aku dah set nak pi sukaneka kanak-kanak kat hotel seafest...Acara keluarga je semuanya. Tapi takpe, aku datang untuk enjoy kemeriahan yang ade.
Pi ke sukaneka, tengah syiok tengok budak-budak n family staff bersuka ria, Kak Ayu wife Ainuddin panggil..Dia kata yang bujang pun mesti join..trus dia tarik aku soh join acara rasa makanan..hehe Kak Ayu..dah sah-sahh aku dah nampak makanan ape yang bakal Kak Ayu suapkan..Jangan menyesal aa kalau saya menang!!! nnn...Taraaaa aku menang no 1 acara tu..Malam nanti amik hadiah yee..
Malam lak...Dinner...seronok sangat makan n menunggu hadiah cabutan bertuah, sampai lupa nak bergambar. Nampaknya kene amik gambar dari photographer of the night la pasni. Malam yang bertuah, aku dapat hadiah food warmer ala-ala Queen Anne tu. Berdondang sayang la mak bila datang nanti. Nampak bekas secantik itu. Dia mesti tau bekas tu untuk dia. Takde orang lain dah yang akan dapat...
Lepas dinner, balik hotel. Lepak jap then tidur. Esok nye acara...Berjalan-jalan di Tawau...dan balik semula ke Sandakan.
Some of my picture uploaded here...Gambar akan ditambah. Penat mengupload 1-1. Celcom broadband too Slow!!







