the owner
Khamis Last week,

Fasi BTN Ulu Kenas, Hj Izan dan 2 orang abg serta Kak Sha datang melawat aku kat Sandakan.
Awal lagi Haji Izan dah inform bagitau nak datang dan plan semua dah rancang masa Kem BTN tu lagi. Kebetulan dia memang dah beli tiket pergi Sabah tapi tak tau nak pegi mana. K Sha lak offer diri nak bawak jejalan kat KK then drive ke Sandakan.

First thing yang Haji Izan cakap bila dia nak datang Sandakan, dia nak makan best-best...Erkkkkk aku mana pandai masak. Alahai, masak je la ape yang patut. Hari Rabu tu aku sediakan bahan-bahan la patut untuk diorang. Hj Izan inform gak yang nak datang makan tu semua kuat makan....So kene la fikir-fikir barapa banyak yang aku kene masak sebab kalau terlebih nanti membazir pulak. Kyati takde, Yusra pun jarang balik rumah. Siapa la nak makan semua makanan tu nanti.

Hari khamis tu aku amik cuti, tapi bukan la semata-mata nak sambut orang datang. Aku bawak MBQ 6635 ku pergi puspakom Sandakan. Checking kereta tu. Roadtax pun dah nak mati awal bulan Julai. Kalau kereta tu tak dibawa ke Puspakom, nanti ade problem kalau aku nak renew Road Tax. Pukul 2 ptg, lepas aku settle semua preparation nak masak tu, aku bawak MBQ ku kesana. Sampai sana, aku amik no kat Guard, gi kat pondok, hantar geran kereta, then tunggu giliran. Dalam 1 Jam 1/2 settle semua urusan. Bayar Rm25.00, then kene Photostat geran kereta hantar semula kat Puspakom, baru boleh amik report checking.

Aku sampai rumah pukul 4 ptg. Start masak........

Pukul 6.00 ptg diorang dah call, cakap nak makan...Alamakkkk...tak siap lagi... Terpaksa mintak tangguh, soh diorang datang lepas Isyak, dalam kol 7.30. Nampak sangat tak expert, kalau orang lain, 2 jam tu dah lebih dari cukup nak memasak. Aku ni nak masak 3 lauk dengan 1 sayur tu kemain lama lagi.

Ini la hasil masakan aku....

Ikan Bawal Hitam masak lemak cili padi

Pastu ini lak Sayur pucuk paku, selisip goreng cili

Udang goreng butter

Sotong sumbat berempah

Resipi nye takyah aku share sini. Senang je masak ni. Semua orang pun terer..Aku je yang terkial-kial memasak. Dalam kol 7.30 Hj Izan, 2 abg dia, Ksha n anak buah dia sampai, terus makan makanan yang aku sediakan. Lepas makan, borak-borak, then aku hantar diorang gi Hotel Swiss Inn kat bandar. Senang nak berjalan-jalan esok...
the owner
8-12 Jun 2009
Kem Bina Negara Ulu Kenas, Kuala Kangsar
Peserta KSM, Cikgu n Nilai Nursing Kolej (Pemeriah acara sepanjang kem BTN)

Stat 8 haribulan hari pendaftaran untuk kem BTN ni, aku orang pertama sampai. Semangat beb. Naik teksi dari Kamunting terus ke Kem Bina Negara (tambang RM50). Jauh rupanya kem ni.
Masa mula-mula sampai sini, aku suka sangat tengok kawasan kem ni. Kawasannya tepi sungai n air terjun. Kawasan terjaga n sangat bersih. Aku sampai dalam kol 10 pagi. Terus Pn Husni, satu2nya jurulatih perempuan kat kem tu hantar aku pi kat asrama. Sempat dia ingatkan aku datang lapor diri pukul 2.30 petang nanti untuk isi form2 n bawak gambar ukuran pasport. Pendaftaran, taklimat n pembahagian kumpulan. Macam-macam aktiviti sepanjang 5 hari. LDK, Ceramah, Sukan, Ujian kecergasan, ...bla..bla..bla...

Sepanjang tempoh kursus, henset dilarang, kamera pun sama...Jadi kami sempat bergambar masa rekreasi dengan aktiviti kembara. Ok la tu, atleast semua jurulatih tak strict sangat pasal penggunaan henset dan kemera, Sebab dalam surat panggilan kursus, dia dah nyatakan yang semua henset akan dikutip masa datang ke kem.

Gambar sepanjang aktiviti rekreasi dan mandi manda....


Ulat Pelik...First time aku tengok ulat ni

Dengan Along, pengajar ILP Seberang Prai


Gambar dengan group member

Ni lak gambar-gambar sepanjang aktiviti Kembara. Kebanyakkan gambar ahli kumpulan. Gambar aku dalam camera diorang. Blom lagi diemail kat aku.






Kumpulan 7
Zamri, Shinder, Farha
En Kamal, Lidia, Kak Sha, Kak Kira
As, Kak Ina
Ina


Close Up Sorang-Sorang. Tapi tak semua orang aku dapat snap.


Nur Asmara ~As~
Nursing Kolej


Shalizana Mustafa ~K. Sha~
ILP Kota Kinabalu


Penghulu Wanita
Syakirah Ahmad ~Kak Kira~
Cikgu kat Perlis


Gurshinder Kaur ~Shinder~
Nursing Kolej


Fazrina Md Salleh ~Kak Ina~
PTPK KSM

Seronok kenal diorang semua. Lastly BTN ni tak la seburuk mane yang orang-orang luar sane cakap. Tak pernah rasa bosan sepanjang kursus. Harap-harap aku lulus Kursus BTN ni.