Hari Rabu, 1 Haribulan Julai,
Aku authorize ayah aku untuk bid rumah kat Mahkamah tinggi Melaka. Hajat hati nak beli rumah kat Klebang. Mak Ayah aku dah pi tengok rumah tu. Dua-dua cakap cantik dan berbaloi beli untuk investment. Lepas discuss dan sediakan 10% bank draf dari RP, ayah aku pun pi ke Mahkamah untuk bid rumah tu.
Sampai sana, register untuk bidder. Lepas dah register ayah aku rilex2 sambil dikacau2 oleh "ulat" yang ade kat situ. Cool jek ayah aku tolak offer "ulat" tu. Bila aku tanya berapa diorang offer ayah aku cakap
"Ayah tak tanya pun"
"Malas nak amik tahu"
Lama-lama "ulat2" yang ade dah malas nak kacau ayah aku. Terus je diorang blah. Tunggu punye tunggu, sampai la kol 9.30, bell pun dah berbunyi tanda registration dah tutup. Ayah aku siap laung lagi kat auctioner tanya
"Naresh, loceng tu untuk ape"
Naresh jawab
"Dah tak boleh register lagi pakcik, registration closed"
Bila registration dah tutup, Naresh pun pi check berapa ramai yang register untuk rumah kat Klebang tu. Bila check rupanya ayah aku sorang je yang register. So meaning rumah tu almost jadi milik aku. Tinggal kene lalu formality bidding process je. So Naresh tak buang masa, terus je isi form untuk kami purchase rumah tu. Lepas isi form ke 4 daripada 5, ade orang suruh dia stop, jangan isi lagi borang tu. Ade sorang lagi bidder datang...Pelik....Registration dah close, tapi ade orang boleh datang nak membida lagi.....bidder perempuan.
Then, bila hakim mulakan auction dengan RP dan increament 1k, perempuan tu terus start increased 1k, then ayah aku lawan another 1k, dia up lagi...ayah aku lawan lagi....dia x agak2 up kan lagi harga...Ayah aku terus let go je rumah tu. Malas nak lawan. Siapa nak beli rumah lelong yang harga dekat2 dengan MV. Biar je la.
Bila orang lain dah menang rumah tu, ayah call aku. Cerita semua benda yang berlaku sepanjang auction process. Rupanya perempuan yang lawan ngan ayah aku tu bekas Majistret Mahkamah Tinggi Melaka. Patut la leh sesuka hati nak masuk bidding walaupun registration time dah lama berlalu.
Itu la kan, senang nya kalau jadi orang yang berkuasa ni. Suka2 boleh buat ape. Sikit pun xde respek kat orang yang dah bersusah payah bangun awal, datang awal, untuk beli rumah tu. Bila dia dah lambat, dia leh masuk bidding ikut kawan walaupuun dah sangat lambat. Tegur pun tak ayah aku. Buat je muka sombong. Lantak kau la perempuan. Kalau kau rasa cara kau tu betul teruskan je la. Rasanya majistret macam tu tak layak dihormati. Badan kehakiman sendiri perangai macam tu, no wonder la law sekarang makin teruk.......
Whatever la Pn Majistret....
Flash back aktiviti 2009 ..
9 hours ago


0 comments:
Post a Comment